Tuesday, December 7, 2010

Delima Owh Delima!

          Betul ape orang cakap! “Bila kita gembira, jangan kita gembira sangat!” dan “Jangan kita bergembira atas kesedihan orang lain!”. Itulah yang aku dan kawan-kawan aku rasai. Niat kami bertiga pergi Melaka untuk majlis tahlil untuk arwah nenek kawan kiteorang. Dan dikesempatan itu kiteorang pun pergi lah melawat bandar Melaka yang bersejarah tu. Banyak juga tempat yang kiteorang pergi macam menara taming sari, Muzium Samudera, Melaka Central dan juga Dataran Pahlawan. Kami juga pergi melawat sambil beraya dekat umah salah seorang ‘bestie’ kiteorang juga.

            



















Tiba lah masa untuk kiteorang blk Selangor. Masa tu kiteorang tak sangka pun yang tiket pergi Bukit Jalili semua abis tapi last-last kiteorang dapat juga tiket pkul 6.00ptg. Kesian dekat kawan kiteorang yang dari Segamat kena tunggu kiteorang lama kat stesen bas tu. Sesuatu yang sangat tragis telah terjadi dan kini aku sedar bahawa “Kematian sangat menghampiri kita”. Syukur kehadrat Ilahi kerana aku dan kawan-kawanku di beri peluang untuk meneruskan hidup di alam fana ini sebagai khalifah dimuka bumi ini. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya..   

No comments:

Post a Comment