Tuesday, December 7, 2010

Delima Owh Delima!

          Betul ape orang cakap! “Bila kita gembira, jangan kita gembira sangat!” dan “Jangan kita bergembira atas kesedihan orang lain!”. Itulah yang aku dan kawan-kawan aku rasai. Niat kami bertiga pergi Melaka untuk majlis tahlil untuk arwah nenek kawan kiteorang. Dan dikesempatan itu kiteorang pun pergi lah melawat bandar Melaka yang bersejarah tu. Banyak juga tempat yang kiteorang pergi macam menara taming sari, Muzium Samudera, Melaka Central dan juga Dataran Pahlawan. Kami juga pergi melawat sambil beraya dekat umah salah seorang ‘bestie’ kiteorang juga.

            



















Tiba lah masa untuk kiteorang blk Selangor. Masa tu kiteorang tak sangka pun yang tiket pergi Bukit Jalili semua abis tapi last-last kiteorang dapat juga tiket pkul 6.00ptg. Kesian dekat kawan kiteorang yang dari Segamat kena tunggu kiteorang lama kat stesen bas tu. Sesuatu yang sangat tragis telah terjadi dan kini aku sedar bahawa “Kematian sangat menghampiri kita”. Syukur kehadrat Ilahi kerana aku dan kawan-kawanku di beri peluang untuk meneruskan hidup di alam fana ini sebagai khalifah dimuka bumi ini. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya..   

Monday, December 6, 2010

"REBEN MERAH"

Nama "REBEN MERAH" tercetus bila aku teringat something yang jadi masa aku kecik2 kat tadika dolu2..
Masa tu ada sesi bergambar, sikit punya cantik assistant aunty tu mekap kn aku pastu pkaikan aku reben warna merah. Bila nama aku kena panggil aku pun pergi untuk sesi possing-memossing.Tetibe jep aunty camera women tu tanya aku cmneh, "halo, adik ha! u melayu kan? u pelempuan kan?". Aku angguk ar dengan confidentnya..
Aunty tu pun berkata, "Haiya!apepasal lu pakai leben lelaki?". Aduh!sudah!malu aku! mentang2 rambut aku pendek cam jantan ade asistant aunty tu pkaikan reben merah untuk budak2 laki kat aku!malu giler!sampai sekarang aku ingat..hahaha